Saturday, September 20, 2014

Hati Ini Milik Allah


بسم الله الرحمن الرحي 


Sekuat mana pun kamu mencintai seseorang, jangan sampai melebihi cinta terhadap Allah, sejauh mana pun kamu menyayangi seseorang, usah lah sampai menyatakan janji, cukup lah dengan menyatakan In Sha Allah.

Jika hati ini sudah gelap dimamah dosa,
Terang kan lah dengan limpahan Nur kasih Mu,

Jika hati ini telah lemah dipanah nafsu,
Kuat kan lah ia dengan limpahan Mawaddah Mu,

Andai hati ini mudah remah dihempas bumi,
Kukuh kan lah ia dengan limpahan Mahabbah Mu,

Soal hati.
Hati Aku belum terbuka untuk sesiapa,
Ya Aku memang pernah mempunyai kawan lelaki semasa kecil,
Ya Aku memang pernah berkenalan dengan lelaki di facebook,
Ya Aku memang pernah chatting dengan lelaki di twitter,
Ya Aku memang pernah berjumpa bersama lelaki di luar,
Tapi ia secara publik dan ramai yang boleh melihatnya.,

Hati Aku hanya untuk yang halal sahaja,
Aku belum pernah merasakan bahagianya cinta,
Aku percaya bahawa cinta selepas bernikah itu lebih indah,
Bukan Aku mensia-siakan alam remaja Aku
Tapi Aku masih berpegang dengan kata-kata Aku

iaitu

"Jodoh Itu Ditangan Allah, Andai Kita Dijodohkan Itu Kerana Allah"

Aku Bukan Sempurna

Aku bukan wanita yang sempurna,
Aku pasti akan ada kekurangnya.

Dan Aku mengaku bahawa Aku memang bukan sempurna

Walauapapun caranya,
Aku tetap tak akan mampu,
Menutup semua kekurangan,
Menghindari semua kelemahan,
Yang telah sebati di dalam diri ku,
Aku tetap bukan yang sempurna.

Jika pandangan mu sudah tertutup dari sisi baiknya Aku,
Dan jika pandangan mu telah terarak pada kekurangan Aku.
Sedikit pun Aku tidak menyalahkan diri mu,
Kerana Aku tahu bahawa Allah yang memegang seluruh hati mu,

Mungkin Aku sudah merasakan kepedihannya akan hilang,
Mungkin Aku terlampau jahil untuk memahami hikmah,

Namun Aku tetap yakin,
Melalui kehilangan,
Allah mengingatkan Aku pada pinjaman dan melewati kehilangan,
Dan perlahan-lahan Allah menyedarkan tentang kesempurnaannya

Instagram Photo Prepost

Korang Korang Korang dah Korang memang suka repost gambar dan promote instagram orang, ha betul la tu, kau lah orangnya. Haha.Thank you so much sebab repost, bukan Ira nak kata yang Ira jarang post gambar kat instagram tapi Ira lah yang paling banyak menyemak kat instagram tapi tak ada lah menyemak sangat. Antara korang yang repost gambar Ira kat instagram korang ialah Abang Caprice yang famous dengan lagu Chikaro, Min yang comel suka kan baby juga, Memey Ching ialah kawan aku yang suka selfie. Bagi instgram yang promot instagram Ira, bukan Ira nak kata apa cuma terima kasih banyak jela sebab bukan followers yang dikejar. Opss kalau ada gambar yang Ira tak upload harap dimaafkan dan mungkin di lain hari. Andai ada salah dan silap harap dimaafkan dan dibetulkan








Aku?


Nama diberi oleh mama dan papa aku ialah Ira Shahirah.
Nama family aku pula ialah Beltarosa.
Nama glamour yang sering dipanggil ialah Ira.
Nama panggilan, perlian, gurau dan sebagainya memang banyak ialah Kodek, Oshin, Rara, Adik.
Lahir pada tahun 1995.
Lahir di atas katil hospital.
Lahir pada jam 2.38am.
Anak ke-empat daripada enam orang adik-beradik perempuan.
Merupakan seorang abang dan kakak kepada kakak-kakak dan adik-adik kerana aku seorang yang berani mengaku kesalahan dan tak sanggup melihat orang melakukan kesilapan.
Makanan kegemaran dan minuman kegemaran aku ada banyak.
Warna kesukaan aku pula ialah warna putih, hitam dan biru.

Aku dari kecil sampai sekarang memang lasak dan paling sempoi.
Aku paling suka dengar macam-macam bunyi sebagai contoh petik gitar.
Kalau orang yang sudah lama kenal aku, dia akan tahu siapa aku sebenarnya sebab aku ini jenis yang tak suka stress dan aku hanya tahu happy yang bernakna senyum kegembiraan.

Di waktu pagi, aku suka matahari.
Di waktu tengahari, aku suka awan.
Di waktu petang, aku suka senja.
Di waktu malam, aku suka bulan.

Matahari? Matahari banyak vitamin dan baik untuk kesihatan.
Awan? Awan yang berarak dan pelbagai bentuk sangat indah.
Senja? Permandangan yang cukup indah di antara pagi dan malam.
Bulan? Bulan sangat cantik bila dipandang dengan keindahannya.

Ha, Ada apa lagi nak tau? Zaman baby? Zaman kanak-kanak? Zaman sekolah? Zaman kegilaan? Zaman UPSR? Zaman PMR? Zaman SPM? Zaman rock? Zaman kolej? Zaman percintaan?
Tu semua pandai-pandai lah tanya sendiri.
Jangan malu, Jangan segan sebab aku suka kalau dapat banyak kawan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Ingat lah bahawa hidup di dunia ini hanya lah sebuah persingahan atau sementara.



Sekian, Terima Kasih

Lukisan Aku Daripada Follower Instagram

Thank you so much to my follower on instagram yang sudi luangkan masa untuk melukiskan gambar Ira dan Iqram adalah orang pertama yang lukis, sebelum ni tak ada pun follower nak lukis kan.
Ya i know yang Iqram suka melukis. Lebih-lebih lagi muka artis so banyak sangat gambar artis yang Iqram dah lukis seperti Emma Maembong, Lisa Surihani, Angelina Jolie dan ramai lagi lah.
Ira rasa Ira lah orang pertama yang Iqram lukis yang memakai tudung dan niqab dalam instagram Iqram. Alhamdulillah rasa suka sangat-sangat.
Ira hargai lukisan Iqram. Haha. Lagipun bukan susah sangat pun nak lukis kan. 
So let's follow Iqram on instagram @am_shahz

Kalau nak tau ramai yang kata itu ini sejak ira upload gambar yang Iqram lukis tapi tak apa lah biar kan lah mereka sebab mulut masing-masing kan. Ira mana boleh nak buat apa apa pun kan. Just diam kan diri pun dah cukup baik daripada bersuara yang mungkin mendatangkan kemarahan.


By the way gambar lengkap gambar Ira yang ni dah entah ke mana entah. Hmm tapi tak apa Alhamdulillah because Iqram still simpan until now.

Seminggu kemudian ...

Lukisan yang kedua ini pula daripada Abang Rafiq. Ye Abang Rafiq. Dia hanya lah seorang abang.
Abang Rafiq sangat baik dan dia juga lah ada komen kat gambar Ira tentang Iqram tu sebab ingat itu ini lah. Haha dan itu kelakar.
Abang Rafiq pun sudi lukis gambar Ira. Hmm tak tahu nak kata apa.
Abang Rafiq yang minta gambar Ira dan ini lah gambar Ira yang dia lukis tapi tak terang kan.
Walauapapun Ira tetap berterima kasih sebab luangkan masa.
Hey Abang Rafiq, kalau baca ini kan, Ira nak bagitau yang lukisan abang tak terang.

Sekian, Terima Kasih

Monday, September 15, 2014

"Aku yang sekarang lebih baik daripada yang dulu"

"Ikut kata hati, Jangan ikut jalan mati"

Berubah ? Ye, Aku berubah tapi Kau bila nak berubah ? Ingat lah wahai sahabat bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan mainan sahaja bahawa sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang dan tiada keraguaan baginya.

Macam-macam aku dengar dari mulut orang pasal aku tapi don't worry because sesungguhnya Allah itu lebih mengetahuinya. 

Sungguh berat dugaan seorang niqabis walaupun dihentam oleh mereka yang tak berniqab dan tidak menutup aurat

"Eh, Kau ni nak jadi ustazah pula ke?"
"Eh, Kenapa tetiba berubah ni ha?"
"Eh, Kau ni dah macam ninja lah"
"Eh, ketinggalan zaman lah kau ni"
"Eh, tak ada kelas lah bertutup-tutup ni"

Tapi dengan sabar dan tabah. Masih juga dihentam oleh sahabat niqabis sendiri mahupun sahabat aku sendiri yang tidak berniqab.

"Kau tahu tak letak gambar berniqab ni haram?"
"Kau ni dah berniqab tapi masih upload gambar kenapa?"
"Kau letak gambar berniqab ni nak cari perhatian lelaki soleh ke?"
"Berniqab tapi perangai ... "

Kekadang aku sendiri duduk termenung dan memikirkan kesalahan aku. Banyak persoalan yang bermain diminda aku sampai kekadang juga aku pening nak memikirkannya. Ia memang didunia ini tiada yang sempurna begitu juga aku sendiri tapi aku sedang mencuba untuk menjadi yang sempurna di mata Allah dan manusia yang lain.

Dalam hati aku selalu berbisik :
-Teruk sangat ke aku? 
-Teruk sangat ke seorang niqabis? 
-Terus sangat ke aku berubah? 
-Teruk sangat ke cara permakaian aku? 
-Teruk sangat ke sampai selalu dihentam?

Aku selalu berfikir yang aku sebenarnya adalah benar. Ye, benar sebab dulu memang aku tak pakai tudung dan tak berniqab tapi dulu aku sentiasa berseluar ketat, berpakaian ketat, free hair, pakai kasut tumit tinggi dan lain-lain lah tapi sekarang aku sedar dengan kesilapan aku yang lama dan aku sudah bersedia untuk terima apa sahaja yang akan dikatakan. 

Aku berubah bukan kerana sesiapa tapi aku berubah kerana Allah. Sejujurnya aku memasang hasrat untuk berubah pada usia genap 20 tahun iaitu tahun depan tapi mungkin aku dah penat dengan dunia dan Allah permudahkan. 

Alhamdulillah Aku bahagia dengan aku yang sekarang dan aku sangat selesa dengan aku yang sekarang. Kata lah yang aku ni seorang yang ketinggalan zaman ke, seperti seorang ninja ke, apa ke, itu ke, ini ke, sana ke, sini ke sebab aku tak perdulikan itu semua. 

Kalau ada kata-kata yang mana boleh dijadikan pelajaran kepada aku akan aku ambil dan simpan ingat selamanya tapi kalau sebaliknya aku akan abaikan.

Aku bertudung labur, memakai niqab, memakai pakaian labur dan sebagainya bukan untuk mencari perhatian orang ramai. Aku seperti itu kerana aku sudah bersedia dan aku sudah mengkaji tentang islam secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan keluarga tercinta. 

Aku tahu dan aku sedar mungkin perubahan aku mengejutkan ramai orang tapi aku buat ini semua dengan niat yang baik bukannya mainan sementara sahaja.

Dan jika ingin dibuatkan perbandingan : 
-Masih tak ramai yang berniqab daripada mereka yang tidak menutup aurat.
-Masih tak ramai yang menutup aurat daripada mereka yang memakai tudung.
-Masih tak ramai tang memakai tudung daripada golongan wanita di luar sana.

Jadi janganlah dihancurkan golongan niqabis yang sedikit ini dengan kecaman-kecaman yang kena pada tempatnya.

Sekian, Terima Kasih !

Blog

Aku memang bukan seorang yang untuk digelar blogger sebab aku memang suka menulis tapi aku tak suka menaip. Aku suka menulis diatas kertas lebih-lebih lagi puisi tapi pantun boleh lah juga sebab menarik bagi aku.

Aku akan terus menaip didalam blog aku ini sendiri so welcome back to me dalam dunia blog. Teruskan menaip didalam blog dan sentiasa update dan update.



Setiap hari pasti ada macam-macam akan berlaku dalam kegiatan harian kita.tapi tak semua aku akan post kat blog ini sebab tak semua juga seseorang manusia itu akan memberitahu satu dunia apa yang dilakukan olehnya.

Aku bukanlah seperti gadis yang lain yang biasanya akan post apa je macam putus cinta, novel apa dibaca, keluar masuk tandas, makan tidur makan tidur dan lain-lain. Aku akan update apa yang aku nak kongsikan. Ia hanya apa yang aku nak kongsikan. Bukan jiwang sana sini. Bukan juga merapu tak tentu pasal