Saturday, September 20, 2014

Aku?


Nama diberi oleh mama dan papa aku ialah Ira Shahirah.
Nama family aku pula ialah Beltarosa.
Nama glamour yang sering dipanggil ialah Ira.
Nama panggilan, perlian, gurau dan sebagainya memang banyak ialah Kodek, Oshin, Rara, Adik.
Lahir pada tahun 1995.
Lahir di atas katil hospital.
Lahir pada jam 2.38am.
Anak ke-empat daripada enam orang adik-beradik perempuan.
Merupakan seorang abang dan kakak kepada kakak-kakak dan adik-adik kerana aku seorang yang berani mengaku kesalahan dan tak sanggup melihat orang melakukan kesilapan.
Makanan kegemaran dan minuman kegemaran aku ada banyak.
Warna kesukaan aku pula ialah warna putih, hitam dan biru.

Aku dari kecil sampai sekarang memang lasak dan paling sempoi.
Aku paling suka dengar macam-macam bunyi sebagai contoh petik gitar.
Kalau orang yang sudah lama kenal aku, dia akan tahu siapa aku sebenarnya sebab aku ini jenis yang tak suka stress dan aku hanya tahu happy yang bernakna senyum kegembiraan.

Di waktu pagi, aku suka matahari.
Di waktu tengahari, aku suka awan.
Di waktu petang, aku suka senja.
Di waktu malam, aku suka bulan.

Matahari? Matahari banyak vitamin dan baik untuk kesihatan.
Awan? Awan yang berarak dan pelbagai bentuk sangat indah.
Senja? Permandangan yang cukup indah di antara pagi dan malam.
Bulan? Bulan sangat cantik bila dipandang dengan keindahannya.

Ha, Ada apa lagi nak tau? Zaman baby? Zaman kanak-kanak? Zaman sekolah? Zaman kegilaan? Zaman UPSR? Zaman PMR? Zaman SPM? Zaman rock? Zaman kolej? Zaman percintaan?
Tu semua pandai-pandai lah tanya sendiri.
Jangan malu, Jangan segan sebab aku suka kalau dapat banyak kawan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Ingat lah bahawa hidup di dunia ini hanya lah sebuah persingahan atau sementara.



Sekian, Terima Kasih