Saturday, September 20, 2014

Hati Ini Milik Allah


بسم الله الرحمن الرحي 


Sekuat mana pun kamu mencintai seseorang, jangan sampai melebihi cinta terhadap Allah, sejauh mana pun kamu menyayangi seseorang, usah lah sampai menyatakan janji, cukup lah dengan menyatakan In Sha Allah.

Jika hati ini sudah gelap dimamah dosa,
Terang kan lah dengan limpahan Nur kasih Mu,

Jika hati ini telah lemah dipanah nafsu,
Kuat kan lah ia dengan limpahan Mawaddah Mu,

Andai hati ini mudah remah dihempas bumi,
Kukuh kan lah ia dengan limpahan Mahabbah Mu,

Soal hati.
Hati Aku belum terbuka untuk sesiapa,
Ya Aku memang pernah mempunyai kawan lelaki semasa kecil,
Ya Aku memang pernah berkenalan dengan lelaki di facebook,
Ya Aku memang pernah chatting dengan lelaki di twitter,
Ya Aku memang pernah berjumpa bersama lelaki di luar,
Tapi ia secara publik dan ramai yang boleh melihatnya.,

Hati Aku hanya untuk yang halal sahaja,
Aku belum pernah merasakan bahagianya cinta,
Aku percaya bahawa cinta selepas bernikah itu lebih indah,
Bukan Aku mensia-siakan alam remaja Aku
Tapi Aku masih berpegang dengan kata-kata Aku

iaitu

"Jodoh Itu Ditangan Allah, Andai Kita Dijodohkan Itu Kerana Allah"