Tuesday, October 7, 2014

Jika Mahu Berjaya, Korbankan Lah ...

Kelemahan umat itu bukan pada atas paksi kemunduran tamadun,
Tapi atas dasar diri mereka yang mempunyai sifat seorang pemalas.

Malas membaca, Malas mengkaji,
Lebih rela mematikan diri sebenatar untuk nikmati alam tidur,
Sanggup menjadikan ia hobi demi meraih kepuasan jiwa,
Tidak salah rehat kan diri tapi kalau mengoverkan itu kan payah.

Pernah Aku dengar, "Jika mahu berjaya, korbankan masa tidurmu"

Sekarang ini, Diri ini, Saat ini,
Aku bakal menghadapi peperiksaan,
Bagi aku setiap dilakukan adalah ujian,
Allah pasti ada untuk umatnya setiap masa.

Ya Tuhan,
Saat ini juga ramai yang meminta doa baik dari Aku untuk mendoakan mereka yang menghadapi masalah dan ujian-ujian yang akan dihadapi mereka,
Aku mohon Kau kuatkan lah Aku,
Bukan Aku tak berdaya,
Aku juga manusia biasa yang memerlukan doa-doa dari orang-orang yang baik,
Lindungu dan pelihara lah diri Aku ini.

Aku ingin berpesan kepada kalian juga "Sebelum menjawab soalan hendak lah membaca Al-Fatihah dan baca doa ini agar dipermudahkan segala urusan"

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي


Rabbir Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammin Bil Khair
(Permudahkan lah urusanku, 
jangan lah Engkau susahkan urusanku, 
Semoga segala urusanku berakhir dengan baik)