Friday, October 10, 2014

Biarlah apa orang nak kata, Allah lebih mengenali kita

Manusia ada mulut,
Selagi boleh bercakap,
Biarkan lah dia cakap,
Nanti bila dah mati,
Masuk dalam tanah,
Baru dia akan diam.



Jangan lemah hanya kerana kutukan manusia,
Jangan goyah dengan ejakan manusia,
Jangan rapuh dengan cacian manusia,

Menilai dan menghukum itu telah sebati dengan diri segelintir manusia.
Bila hasad dengki bermaharajalela, hati kian gelap gelita.

Puas hati manusia itu mendapat penat.
Puaskan pandangan Allah itu mendapat rahmat dan berkat.