Sunday, October 5, 2014

Blur Itu Aku?

"Apasal Kau ni blur sangat? "

Aku bukan blur dan Aku bukan blur, Aku cuma tak faham dan kekadang cuma buat buat tak faham sebab nak diberitahu sekali lagi.

Kategori kan lah Aku sebagai Dia tu la Dia ni lah.
Kata lah Aku ni macam ni lah macam tu lah bagai.
Tak semua manusia kat dunia ni sama dengan sikap kita..
Kekadang ada yang menyampah tapi tak bagitau sebab takut lukakan hati.

Aku tak kesah berapa ramai manusia kat muka bumi ni nak kata Aku ni blur sebab Aku memang macam ni dan Aku tetap lah Aku dan tiada yang lain melainkan Allah yang menggantikan Aku dengan yang baik.

Siapa yang tak kenal Cheon Seong-im atau lebih dikenali sebagai Song Ji Hyo dalam rancangan Running Man?
Ya, memang ramai yang kenal Dia sebab Dia adalah model dan pelakon yang terkenal dan comel kan tapi Aku agak penat apabila ramai yang kata Aku macam Dia atas alasan Aku ada banyak dress, topi dan macam macam lagi lah sebijik Song Ji Hyo punya tapi itu hanya lah tinggal kenangan dan perhiasan dalam bilik Aku je sebab dulu memang Aku pakai tu semua tapi sekarang Aku dah dermakan sedikit demi sedikit kat orang. Aku tetap lah Aku iaitu Ira Shahirah Beltarosa dan Aku tak tiru artis lain !

Ada pula yang kata Aku ni seperti Fynn Jamal$ atau Kok Ping. Ada satu hari tu Aku cuma keluar berdua je dengan anak buah Aku yang bernama Dani tu. Kat situ ada pula sekumpulan gadis gadis rare yang tak kenal tegur Aku ala ala macam Aku ni artis pula.

"Hi Kak"

Aku hanya diam terkejut sebab panggil Aku kakak? Oh My God. Tua sangat ke Aku ni? Sebenarnya dalam hati susah membara sebab panggil Aku kakak, ntah bila ntah Mama Aku lahirkan korang kan. Haha. Aku pun dok melayankan je apa yang diaorang nak. Okay rupanya dari jauh diaorang dok lama perhatikan Aku dengan anak buah Aku. Boleh pula nak ajak bergambar sebab pernampilan Aku macam Kok Ping dan anak buah Aku pula macam Arjuna? Hey, anak buah Aku tu perempuan okay dan ramai yang kata Dia macam Miasarah okay. Alahai mata, Aku hanya mampu tumpang simpati. Apa yang jelas Aku bukan tiru Fynn Jamal dan Aku bukan seperti Dia.

Kisah lama biar lah lama menjadi sejarah dalam kehidupan.