Sunday, October 5, 2014

Aku adalah Aku, Kau bukan sesiapa untuk menilai Aku

Sejak kebelakangan ini, Aku banyak gaduh dengan namanya manusia bukan binatang. Bila difikirkan balik masing masing dah besar panjang dan ada akal untuk berfikir panjang ataupun pendek cuma pemiliknya sendiri yang teruk tak gunakan dengan baik.

Bukan Aku nak kata Aku,
Bukan Aku nak kata Kau,
Tapi kalau terasa,
Bukan salah Aku.

Gaduh besar tu bagi Aku sama je dengan gaduh kecil sebab tetap gaduh, Tak kesah lah gaduh macam mana sekali pun tapi gaduh tetep gaduh. Ada yang lebih dari 3 hari. Menurut islam tak baik tapi kalau diteruskan maka bodoh lah Kau.

Kekanak-kanakkan,
Itu Kau!

Sudah besar panjang,
Belajar tinggi-tinggi.

Tapi kesian,
Akal tak digunakan dengan betul.

Ada juga yang gaduh sampai tak nak mengaku kesalahan masing masing dan sanggup melakukan penipuan untuk menangkan diri. Hey eh eleh Tuhan Maha Mengetahui lah, Aku dah tak perduli itu semua. Bagi Aku, Kau nak buat apa itu semua ikut suka Kau lah tapi Aku jujur dan Aku tak ada nak tipu sesiapa pun sebab tipu pun tiada guna kerana kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.

Kalau Aku boleh melihat masa hadapan,
Sudah pasti Aku akan ketawa sampai pecah perut setiap kali apabila kamu memanggial Aku "Sayang"

Tapi ada juga yang kata Aku ni berlagak tapi Aku tak kesah lah kan sebab mulut orang kita tak dapat nak cover, nak tutup semua, nak suruh itu ini. Mulut masing-masing jaga baik sendiri lah. Pelik juga Aku kat orang-orang seperti itu kan. Agaknya dah lama hidup kot. Alhamdulillah.

Bukan Aku nak tunjuk diva,
Bukan juga Aku nak mengada,
Cuma tak mahu kecewa selalu.

Banyak kali dah kecewa,
Tapi Aku hiraukan.

Kekadang terfikir,
Kenapa bangang dan bodoh diri ini.

Entah kepada siapa yang Aku nak mengadu. Aku juga suka pendam diam sendiri lama sampai berkulat menjadi penyakit sakit di dalam dada ini. Menulis dan melukis isi hati Aku sendiri pun kekadang buat Aku rasa lega. Dari situ juga Aku dapat lupakan semuanya dalam sekelip mata walaupun hanya seketika.

Ku capai pen.
Ku capai kertas,

Ku luahkan yang perlu,
Ku rangkaikan yang terbuku,

Ku terbangkan ke udara,
Biar sampai entah ke mana,

Biar rahsia itu ku kongsikan dengan siapa,
Ku tidak pasti

Kekadang Aku luahkan kat blog ni dan kekadang Aku ngadu kat Allah dan kekadang juga Aku ngadu kat kawan Aku sebab Dia suka mendengar dan mungkin Dia lebih memahami dan sangat memahami Aku. Alhamdulillah Aku bersyukur masih diberi peluang untuk mempunyai kawan seperti korang.

Entah kepada siapa Aku mengadu,
Semuannya Aku luahkan,

Kau adalah peneman Aku yang terbaik.
Ye Kau, Kau yang membaca ini.

Dan kekadang Aku juga terfikir bertapa lemah nya diri Aku ini. Aku sedar bahawa iman dalam diri Aku ini belum mencukupi dan Aku mesih terkapai-kapai. Aku juga tahu bukan senang untuk mengejarnya tapi Aku tetap mengejarnya walaupun payah. 

Tuhan,
Kuat kan lah Aku,

Jiwa Aku berdebu di langit,
Tolong lah Aku.

Cara pemikiiran orang lain-lain. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Apa lagi sikap yang mudah berubah-ubah dan tak tentu hala. Ini lah manusia kerana bila susah kita akan dicari tapi bila senang kita akan dilupakan tapi juga bila Dia ada masalah dengan kita dan kita akan dibuangkannya dengan mudah seperti petik jari. Sedih tak terkata, hanya diri ini mampu bertahan dengan kuat dan Tuhan sentiasa ada disisi.

Kau nak buang Aku,
Kesah apa Aku

Kau mencari Aku,
Tak malu ke diri Kau,

Saat Kau susah,
Aku ada,

Dulu Kau buang Aku macam sampah,
Sekarang Kau merayu kutip Aku sama seperti Kau jilat ludah Kau sendiri.

Sabar dan terus bersabar. Kuatkan mental dan fizikal. Ingat Tuhan dan Tuhan sentiasa ada untuk hambanya tak kira di dalam susah ataupun senang. Hidup ini harus diteruskan. Kawal kemarahan walaupun terpaksa tak menonjolkan hadapan Dia.

100 Tapak pertama Kau tunjal tunjal kan,
Aku menterbelakangkan,
Aku senyumkan,
Redha, Aku sabarkan,

Sekarang ini,
Belakang Aku ada gaung,

Apa Sial,
Biar Aku tangkap tangan Kau itu,
Dan Aku tampar Kau sampai melaung.

Aku bukan lah orang yang sangat alim, Aku bukan juga bidadari syurga. Itu lah kata kata Aku yang kebiasaanya Aku akan sebut kalau orang tanya pasal Aku sebab Aku ni pun bukan tahu banyak sangat. Aku masih belajar untuk menjadi yang baik walaupun ramau yang dengki dan menghasut. Aku tak kesah langung apa orang nak kata sebab kebanyakkan yang negatif Aku akan positif kan dan yang positif Aku akan tetap positif kan tanpa ubah.

Aku tak pernah merungut untuk berbuat baik,
Aku tek pernah penat untuk berbuat baik.
Tapi kalau tak dihargai langsung,
Itu semua bukan penghalang untuk Aku terus berbuat baik,

Aku berbuat  baik sebab Aku suka dan itu adalah Aku,
Tapi kalau tak dihagai langsung atau apa pun lah itu adalah Kau bukannya Aku

Bukan tunjuk baik tapi Aku tunjuk siapa Aku yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan Kau sendiri, Aku adalah manusia biasa seperti Kau. Kita kat atas muka bumi ini tiada bezannya dan hanya yang membezakan kita adalah umur, pangkat, sikap, cara Kau bagai lah. Aku tak kesah langsung, Bukan Aku nak biadap tapi kalau harus mempertahankan sesuatu Aku sanggup lakukan.