Sunday, October 5, 2014

Kawan Penetapan atau Kawan Persinggahan

Manusia ada macam macam perangai,
Kita tak mampu mengubah mereka tanpa usaha,
Kecuali jika mereka diberi contoh yang baik atau izin Tuhan.

Bukan Aku nak berlagak alim,
Bukan juga Aku nak berlagak baik,
Aku bukan lah orang yang ngam,
Aku cuma mahu membantu yang terbaik.

Tipu lah kalau tak ada satu manusia pun tiada masalah langsung dengan namanya manusia.
Manusia ini ada hati, akal dan fikiran yang masing-masing untuk digunakan dengan bijaksana.

Macam-macam jenis manusia Aku dah pernah nampak dengan mata kepala Aku sendiri.
Bukan nak kata akan Aku yang ramai sangat kenalan-kenalan yang baik dan jahat atas bumi ini.
Tapi cuba fikirkan yang mana kawan setia dan yang mana kawan sementara antara mereka semua.

Macam yang menimpa Aku sendiri,
Banyak kepala dalam hidup Aku ini,
Kekadang berguna dan kekadang tidak,
Bodoh lah bagi yang tak hargai dengan baik.

Bukan senang nak cari yang benar-benar namanya kawan sejati,
Terlampau senang juga dapat yang namanya kawan sementara.

Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan sebab baru baru ini macam-macam masalah menimpa Aku dan Aku diberi pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan Aku.
Mungkin Allah membuka mata Aku sendiri untuk tunjukkan antara namanya kawan sebenarnnya kepada Aku.
Terima kasih juga kerana memberi Aku peluang untuk berkawan dengan mereka yang pernah singgah dalam hidup Aku.

Andai ditulis Aku yang pergi dahulu,
Jangan tangisi akan permergiaan Aku
Sedekahkan surah Al-Fatihah untuk Aku,
Aku tak minta lebih langsung daripada kalian,
Biar kalian tahu bahawa gambar memberi makna.
Makna yang tidak dapat dihilat,
Tapi bila diingatkan semula saat bersama,
Amat pilu bila dikenangkan orang yang sudah pergi.