Friday, October 10, 2014

KUAT

Setiap orang.
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia.
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum.

Pasti.
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya.
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis

Kerana dia juga manusia sama seperti Aku.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui.
Dan hanya kamu yang mengerti.
Kamu silap dan salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya.
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih terus dari apa yang pernah kamu lalui

Mungkin kamu tak pernah tahu.
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap.
Bahawa kamulah yang laing susah.
Paling sakit diuji.
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain.
Yang lebih besar ujiannya.
Yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu.
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu,
Yakinlah bahawa Allah ada dan sentiasa ada.

Bila kamu menyandar harapan kepadaNya,
DIA tak akan sekali-kali mempersia harapan kamu,
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA.
DIA tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu