Sunday, October 5, 2014

Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya

Niqabis memerlukan kekuatan dalam dirinya,
Agar tidak mudah jatuh dipijak manusia jahat.

Melakukan kebaikan itu memang mudah,
Melakukan kejahatan itu harus fikir banyak kali.

Kau !

Siapa Kau nak nilai Aku ?
Siapa Kau juga nak hina Aku ?

Sakit hati ini bila dikata itu ini,
Lebih lebih lagi perkata yang negatif.

Kau !

Kau lemparkan fitnah !
Kau lemparkan kata-kata kesat !
Kau lemparkan segala yang menjatuhkan Aku !

Ingat !

Kata-kata Kau bukan boleh menjatuhkan Aku dengan mudah
Kerana Aku adalah Tuhan Aku iaitu Allah SWT.

Ya, Memang !

Ramai kata Aku Bodoh sebab berniqab dimasa remaja,
Ramai kata Aku Bodoh sebab berniqab sepanjang masa.

Aku biarkan saja !

Mulut manusia, Aku tak dapat nak buat apa.
Mulut sendiri, Aku jaga dengan baik tak jahat.

Buka ?

Ada juga yang kata yang Aku bertudung sudah cukup,
Ada juga yang kata yang Aku tak payah ikutkan sunnah,
Ada juga yang kata yang Aku terikutkan fesyen terkini,
Ada juga yang kata yang Aku ni cuma nak belagak baik.

Diam !

Aku hanya mampu mendiamkan diri,
Aku malas nak bertekak dengan manusia.

Penat melayankan kerenah orang yang hanya tahu apa itu jatuh


Aku memang tak ceritakan tentang Aku kepada orang lain.
Kecuali kepada orang-orang yang penting dalam kehidupan Aku.
Orang-orang yang tahu dan faham Aku sahaja Aku beritahu banyak.

Masalah Aku biarkanlah ia menjadi masalah Aku,
Tak perlu pasang kain selak sendiri semata-mata nak tahu.

Kalau Aku salah,
Tegur lah Aku,
Tegur secara berhikmah.
Sebab tak senang manusia yang dapat terima teguran dengan baik.

Untuk bertindak bijak, kita kena berfikir secara bijak,
Tapi untuk mencapai awam tidak cukup dengan layang-layang.

Kita semua hidup dalam ketegangan, dari waktu ke waktu serta dari hari ke hari atau dengan kata lain, kita adalah pahawan dari cerita kita sendiri.

Ketahuilah musuh yang paling berbahaya diatas bumi ini adalah penakut dan bimbang.
Dan teman yang paling setia, hanyalah keberaniaan dan keyakinan yang teguh.
Bunaglah rasa takut dan bimbang dalam diri masing-masing.
Sejujurnya kita tidak melakukan sesuatu itu dengan kesalahan-kesalahan.

Allah SWT tidak melihat luaran kamu tetapi Allah SWT melihat hati kamu.

Cintailah Tuhan kita,
Bekalkanlah akhirat mu,
Tinggalkanlah dunia yang sementara.

Sesungguhnnya, Allah SWT amat merindukan umat-umatnya.