Sunday, October 5, 2014

Peristiwa 1 Oktober

1
1 O
1 Ok
1 Okt
1 Okto
1 Oktob
1 Oktobe
1 Oktober
1 Oktober 2
1 Oktober 20
1 Oktober 201
1 Oktober 2014

Berkenaan tarikh di atas ialah 1 Oktober 2014.
Daripada pagi subuh yang sejuk hingga ke tengah malam hening.
Memang banyak dugaan dan pengajaran yang Aku dapat haritu.
Daripda pagi sampai ke malam juga air mata aku menitis tanpa henti.

Aku tak akan menangis kerana atas alasan yang bodoh tapi pada tarikh 1 Oktober 2014 ini Aku menangis tanpa henti sebab banyak dugaan yang diberi.

Pagi,
Aku bangun awal pagi sebelum subuh. Maklum lah kalau tidur lewat semestinya Aku akan bangun awal untuk buat persiapan takut terlewat lah apa lah kan sebagai langkah berjaga-jaga lah kata kan. Haha.
Kebetulan pula hari Rabu bertarikh 1 Oktober ni pula ada kempen derma darah tapi sebelum derma darah tu Aku kena uruskan macam macam hal nak kena lakukan sebab dah nak dekat dengan final exam untuk semester 3. Aku pula macam biasa lah akan derma kan darah tak kesah lah kat mana mana pun tak kesah juga lah dengan siapa pun kan walaupun seorang diri tapi kali ni Aku ajak kawan Au 2 orang peremmpuan tapi dia orang tak derma sebab takut jarum dan Aku ajak seorang junior lelaki yang bagi Aku mata sepet, cute, tinggi, tough dan macam macam lah sebab Aku suka. Tetiba pagi Aku nak derma darah tu menjadikan Aku sedih sampai tak terkata sebab Aku tak dibenarakan untuk mendermakan darah pula atas alasan yang munasabah kerana berat badan Aku yang tidak mencukupi. Padahal semua maklumat dah lengkap tapi masa Aku kena timbang berat memang Aku tahu berat Aku tak cukup dan tak mengizinkan Aku untuk menderma jadi Aku tutup lah penimbang tu dengan jubah yang Aku pakai dan bila disuruh selak untuk pemeriksa tengok terus dia kata Aku tak boleh derma walaupun Allah tahu niat Aku adalah untuk menderma. Dialog antara Aku dengan Pemeriksa tu masih ngam Aku ingat dalam kepala.

"Berat berapa?"
"45"
"Yeke 45? Timbang sekarang. Nampak kurus je"
"Timbang ke? Ala tapaya la"
"Kita check je dulu"
"Ha 45 lah"
"Ketepikan kain tu"
"45 lah"
"Ha tu 41 kg. Tapaya derma"
"Alaa nak derma, please"
"Awak tak boleh derma nanti jadi apa apa kang susah"
"Alaa masa sem lepas saya boleh je derma walaupun berat tak cukup"
"Tu sem lepas jadi sem lepas punya cerita"
"Alaa please"
"Datang lagi esok ye"
"Alaa please. Saya balik tengahari ni jadi esok saya tak ada da"
"Allah tahu niat awak tu baik nak derma. Tak apa lain kali ye"


Tu ha gambar tangan hasil dicucuk oleh nurse untuk derma darah, tu bukan tangan Aku tapi tu tangan budak junior lelaki yang Aku kata mata sepet, cute, tinggi, tough, handsome yang Aku suka tu lah.

Sebelum ni juga kawan kawan kelas Aku pun ada tanya Aku soalan yang bagi Aku tak masuk akal lah sebab nak derma darah kan dan dia orang tak derma darah sebab takut. Haha. Bukan sikit yang tanya tapi kawan Aku lelaki pun ada tanya tapi sedih betul lah soalan korang kan.

"Kau serious ke nak derma darah?"
"Ye lah. Kenapa? Muka Aku memain ke?"
"Kau bagitau Aku sejak bila Kau pernah serious?"
"Aku serious lah ni. Kenapa?"
"Darah Kau apa? Tak takut jarum eh?"
"Darah Aku O. Kenapa pula nak takut jarum?"
"Bukan ke jarum nak derma darah tu besar?"
"Aah memang besar. Nanti derma darah dapat rasa seperti straw masuk badan. Haha"
"Memainkan Kau. Nanti Kau tak cukup darah siapa nak derma kat Kau? Darah Aku dengan Kau tak sama"
"Tak apa. In sha Allah Aku sihat wal-alfiat, Aku kan kuat. Allah ada Aku. Aku ada Allah"

Petang,
Kira-kira lepas Zohor iaitu jam 2pm Aku gerak hantar kawan Aku kat station bus sebab bas dia jam2.30pm jadi lepas hantar dia aku gerak balik rumah dulu dalam jam3pm sampai lah rumah. Alhamdulillah jalan tak sesak walaupun kalau sesak pun Aku tau selok belok jalan singkat dan Aku ni kan pemandu yang sangat berhemah. Kebiasaannya mengambil masa 45minit tu pun kalau tak sesak tapi biasanya 1jam dan ke atas sebab sesak lah nak berangan dalam kereta lah. Sampai je kat rumah Aku jumpa Mama dulu baru jumpa adik adik dan Papa sebab dia orang balik sekolah. Ikutkan semua orang Aku sudah jumpa Aku pun siap siap diri nak gerak ke Kuala Lumpur dalam jam5pm Aku bertolak. MasyaAllah hanya Allah je tahu bertapa sesak nya jalan. Ketika Aku drive air mata Aku masih melimpah limpah sepanjang perjalanan sebab Aku rasa takut, bimbang dan macam macam lah.

Malam,
Tiba Kuala Lumpur dalam jam8.10pm baru sampai rumah. Terus Aku siap siapkan anak buah kesayangan Aku yang namanya Puput, Dani dan Isha. Satu per satu Aku mandikan sampai terlupa nak mandi hingga ke lewat malam baru Aku mandi. Bagi anak buah Aku makan, tidur kan dia orang, main dengan dia orang baru Aku dapat kemas kemas kan barang Aku dan tidur. Masa tu cuma tinggal dalam rumah ialah Aku dan anak buah aku tiga orang tu je. Walapun penat macam mana pun tapi Aku dapat belajar macam macam. Lewat malam pula layankan cerita hantu dengan anak buah kesayangan Aku sampai awal pagi.