Friday, October 10, 2014

Teruskan sahaja - Bertudung labur / Berniqab



Bertudung labur / Berniqab.

Hinalah !
Cacilah!
Herdiklah!
Kutuklah!
Perlilah!

Hinalah mereka.
Hinalah mereka yang bertudung labir /  berniqab.
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna.
Hinalah mereka yang merupakan hamba Allah tang taat.

Cacilah mereka.
Hanya kerana mereka 'patuh' suruhan Allah.
Hanya kerana mereka mengenepikan nafsu yang membuak.
Hanya kerana mereka menjaga maruah 'islam'.

Herdiklah mereka.
Bertudung labur / berniqab hipokrit.
Bertudung labur / berniqab hodoh.
Bertudung labur / berniqab ketinggalan zaman.

Kutuklah mereka.
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan.
Mereka sanggup kepanasan.
Mereka sanggup berpeluh.
Hanya kerana memikirkan Allah dan Rasul lebih baik dari segalanya.

Perlilah mereka.
Sering dikatakan menunjuk-nunjuk kealiman.
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran dan sangkaan.

Ketahuilah,
Saat mereka berdoa.
Bersabar.
Berdiam.
Berlutut pada Yang Esa.
Kata-kata nista terus dilontarkan satu demi satu.
Lantang mengatakan mereka 'lagak bagus'.

Dunia.
Dunia kini penuh dengan penipuan.

Kesombongan manusia.
Kata-kata manis terus diekspresikan seindah bunyi siulan burung.
Tetapi realitinya busuk dan kotor.

Kepada yang bertudung labur / berniqab,

Assalamualaikum dan Hi diucapkan,
Usah mengalah dengan bunyi-bunyi sumbang yang dilontarkan manusia,
Islam itu datangnya asing dan kembalinya pun asing.

Beruntunglah saat Kau 'diasingkan' dan ' terasing',
Kelak Kau akan diasingkan untuk bersama Rasulullah SAW di dalam syurga.

Biar,
Biar mereka merendahkan kalian,
Kerana di sisi Allah andalah yang tinggi dan mulia.