Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul


Hari Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sekian Terima Kasih

Friday, January 27, 2012

Happy Birthday Mama

Hari ini adalah hari kelahiran mama tersayang saya iaitu Paun Rabiah Binti Mohamad Ali, yang ke 53, saya doakan semoga mama tercinta saya panjang umur dan murah rezeki serta dilimpahkan rahmat tuhan yang penuh nikmat, saya bangga dan gembira kerana dapat mama yang baik, prihatin, bertanggungjawab dan penyayang seperti mama,

I Love You Mama

Sekian Terima Kasih

Tuesday, January 24, 2012

Happy Chinese New Year


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

 Sekian Terima Kasih

Sunday, January 1, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012

Tahun 2012 menurut kalender China adalah Tahun Naga Air. Masa tahun Naga Air ini sendiri akan berlangsung pada 23 Januari 2012 sampai dengan 9 Februari 2013. Namun Tahun 2012 adalah tahun Naga Air Positif dengan elemen tetap kayu. Dilihat dari sifat Naga sendiri yaitu mempunyai mempunyai sifat angkuh tapi ia merupakan sosok yang rendah hati, menjunjung tinggi kejujuran, memelihara persahabatan, sabar dan mengormati harga diri, suka menolong dan masih banyak lagi sifat positif yang dimilikinya. Sang naga mewakili lambang dari kekuatan, sukses dan kebahagiaan. Ini adalah karakter mitologi. Naga dilukiskan memiliki kepala sapi, moncong keledai, mata udang, tanduk rusa, tubuh ular ditutupi dengan sisik ikan dan kaki burung phoenix.


Kehadiran tahun Naga dalam elemen apapun, selalu diiringi keberuntungan maupun bencana dengan skala kecil maupun besar. Tahun Naga Air 2012, disebut sebagai tahun dramatis, karena tak menutup kemungkinan sang penguasa tahun ini membawa petaka silih berganti, seperti gulungan ombak memecah batu karang. Tahun yang dikatakan menjadi tahun keberuntungan ini, di sisi lain juga diramal menjadi tahun yang diwarnai dengan berbagai kejadian alam yang dapat menjadi masalah bagi kehidupan manusia. Termasuk masalah-masalah kesehatan, politik dan krisis ekonomi secara global.

Tak hanya itu, lanjutnya, untuk meraih keberuntungan apa saja selama Tahun Naga 2012, dibutuhkan kerja keras, berani menghadapi tantangan dan rintangan. Naga yang berjalan dalam hujan di tahun 2012, bisa terbang ke angkasa raya, berkelebat bagaikan kilat untuk memanggil sang angin Muson untuk menciptakan badai dari air hujan.Optimis namun tetap menjaga kewaspadaan, kelihatanya menjadi pegangan yang baik untuk setiap orang. Mengambil keputusan yang berani namun disesuaikan dengan situasi dan kondisi yang ada secara wajar. Bahkan bukan tak mungkin harus mengalami pula beberapa kali jatuh-bangun sebelum meraih keberuntungan atau kesuksesan.
 Sekian Terima Kasih