Monday, September 15, 2014

"Aku yang sekarang lebih baik daripada yang dulu"

"Ikut kata hati, Jangan ikut jalan mati"

Berubah ? Ye, Aku berubah tapi Kau bila nak berubah ? Ingat lah wahai sahabat bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan mainan sahaja bahawa sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang dan tiada keraguaan baginya.

Macam-macam aku dengar dari mulut orang pasal aku tapi don't worry because sesungguhnya Allah itu lebih mengetahuinya. 

Sungguh berat dugaan seorang niqabis walaupun dihentam oleh mereka yang tak berniqab dan tidak menutup aurat

"Eh, Kau ni nak jadi ustazah pula ke?"
"Eh, Kenapa tetiba berubah ni ha?"
"Eh, Kau ni dah macam ninja lah"
"Eh, ketinggalan zaman lah kau ni"
"Eh, tak ada kelas lah bertutup-tutup ni"

Tapi dengan sabar dan tabah. Masih juga dihentam oleh sahabat niqabis sendiri mahupun sahabat aku sendiri yang tidak berniqab.

"Kau tahu tak letak gambar berniqab ni haram?"
"Kau ni dah berniqab tapi masih upload gambar kenapa?"
"Kau letak gambar berniqab ni nak cari perhatian lelaki soleh ke?"
"Berniqab tapi perangai ... "

Kekadang aku sendiri duduk termenung dan memikirkan kesalahan aku. Banyak persoalan yang bermain diminda aku sampai kekadang juga aku pening nak memikirkannya. Ia memang didunia ini tiada yang sempurna begitu juga aku sendiri tapi aku sedang mencuba untuk menjadi yang sempurna di mata Allah dan manusia yang lain.

Dalam hati aku selalu berbisik :
-Teruk sangat ke aku? 
-Teruk sangat ke seorang niqabis? 
-Terus sangat ke aku berubah? 
-Teruk sangat ke cara permakaian aku? 
-Teruk sangat ke sampai selalu dihentam?

Aku selalu berfikir yang aku sebenarnya adalah benar. Ye, benar sebab dulu memang aku tak pakai tudung dan tak berniqab tapi dulu aku sentiasa berseluar ketat, berpakaian ketat, free hair, pakai kasut tumit tinggi dan lain-lain lah tapi sekarang aku sedar dengan kesilapan aku yang lama dan aku sudah bersedia untuk terima apa sahaja yang akan dikatakan. 

Aku berubah bukan kerana sesiapa tapi aku berubah kerana Allah. Sejujurnya aku memasang hasrat untuk berubah pada usia genap 20 tahun iaitu tahun depan tapi mungkin aku dah penat dengan dunia dan Allah permudahkan. 

Alhamdulillah Aku bahagia dengan aku yang sekarang dan aku sangat selesa dengan aku yang sekarang. Kata lah yang aku ni seorang yang ketinggalan zaman ke, seperti seorang ninja ke, apa ke, itu ke, ini ke, sana ke, sini ke sebab aku tak perdulikan itu semua. 

Kalau ada kata-kata yang mana boleh dijadikan pelajaran kepada aku akan aku ambil dan simpan ingat selamanya tapi kalau sebaliknya aku akan abaikan.

Aku bertudung labur, memakai niqab, memakai pakaian labur dan sebagainya bukan untuk mencari perhatian orang ramai. Aku seperti itu kerana aku sudah bersedia dan aku sudah mengkaji tentang islam secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan keluarga tercinta. 

Aku tahu dan aku sedar mungkin perubahan aku mengejutkan ramai orang tapi aku buat ini semua dengan niat yang baik bukannya mainan sementara sahaja.

Dan jika ingin dibuatkan perbandingan : 
-Masih tak ramai yang berniqab daripada mereka yang tidak menutup aurat.
-Masih tak ramai yang menutup aurat daripada mereka yang memakai tudung.
-Masih tak ramai tang memakai tudung daripada golongan wanita di luar sana.

Jadi janganlah dihancurkan golongan niqabis yang sedikit ini dengan kecaman-kecaman yang kena pada tempatnya.

Sekian, Terima Kasih !