Sunday, October 5, 2014

Allahuakabar (Allah Maha Besar)


Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri.

Ini lah penawar untuk hati, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan.

Hakikitanya, telah banyak kali sesuatu yang baik kita nikmati, walaupun pada mulanya itu tidak kita ingini terjadi.

Dan itu lah yang akan terus terjadi hari ini, esok dan sehingga akhir nanti.

In sha Allah.

Cinta Allah itu tujuan,
Cinta Rasulullah itu jalan,

Tidak mungkin tercapai tujuan LailahaillAllah, tanpa mengikut jalan Muhammad Rasulullah.

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW tidak terpisah.